Dua keluarga mangsa banjir dipindahkan ke PPS

0
381

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SERAMAI 11 mangsa banjir daripada dua keluarga di Kampung Sri Gambut, Pekan Nanas, Pontian dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian dalam satu kenyataan memberitahu, semua mangsa berkenaan dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya kira-kira pada pukul 9.30 pagi.

“Hujan lebat selama lebih dua jam pada 3.30 pagi tadi mengakibatkan rumah mangsa dinaiki air. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Pemantauan masih dilakukan lima Anggota Pertahanan Awam (APM).

“APM turut dibantu masing-masing dua anggota polis, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain dua penghulu serta seorang ketua kampung,” menurut kenyataan itu hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here