Lebaran bermakna, Rossa lega tidak terbabit kes penggubahan wang haram

0
419

Sambutan lebaran kali ini memberikan senyuman buat Datuk Rossa apabila dia terlepas bersabit kes penipuan atas talian DNA Pro yang menggemparkan seluruh Indonesia sejak beberapa bulan lalu.

Jelasnya dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penggubahan wang haram dan pihak berkuasa tidak mensabitkan dirinya dengan apa-apa pertuduhan.

Jelasnya, dia hanya menerima bayaran daripada syarikat sekadar bayaran untuk melakukan persembahan dalam satu majlis yang dianjurkan pada Disember tahun lalu.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang kes berkenaan memandangkan kehadiran saya sekadar memenuhi undangan mereka sahaja.

“Waktu itu, saya hanya datang 30 minit sebelum membuat persembahan dan bilik persalinan pula jauh daripada tempat acara. Jadinya saya tidak tahu apa yang berlaku dalam acara berkenaan.

“Sebaik sahaja habis acara saya terus pulang,” katanya memberikan penjelasan kepada pihak media tempatan di sana.

Terdahulu nama Rossa menuai perhatian khalayak apabila dia menjadi ‘mangsa’ terbaru kes penggubahan wang haram yang turut menyeret beberapa artis popular di sana.

Dia yang dipanggil oleh pihak berkuasa pada 21 April lalu hadir memberikan keterangan setelah menerima RM50,000 daripada syarikat tersebut.

Jelasnya, duit yang terima bukan untuk tujuan lain dan hanya bayaran untuk melakukan persembahan semata-mata.

“Pihak berkuasa tidak menyita wang tersebut dan tidak meminta dipulangkan semula. Itu kan bayaran pekerjaan saya, hal lain saya tidak tahu,” jelasnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here