Zoey bengang dituduh tauke kosmetik ‘timbang kilo’

0
250

BERANG dengan komen yang dilemparkan oleh seorang individu yang menuduh dia menjual produk tidak berkualiti, pelakon Zoey Rahman menganggap tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.

Baginya, tuduhan sebagai pengasas produk ‘timbang kilo’ amat mengguris hatinya dan ia dilakukan oleh pihak yang kurang senang dengan kejayaan yang telah dikecapinya hari ini.

“Biasalah orang Melayu kan, dengki dan bomoh adalah lumrah. Encik Mohd Zukri, kalau produk timbang kilo takkan masuk pasaraya Watsons.

“Alhadulillah sudah 101 cawangan Watsons kami masuk. Boleh rajin-rajin tengok produk Watsons dan Shopee. Jangan main sembur je,” luah Zoey melalui satu perkongsian menerusi Instagram.

Bagi Zoey, dia sudah membuktikan kejayaan dengan memasarkan produk kecantikan jenama sendiri ke pasaraya besar sekali gus menafikan kata-kata nista yang dilemparkan lelaki tersebut.

Pun begitu, dia sebenarnya sudah lali dengan segala macam kecaman dan sindiran yang diterima sejak mula menceburi bidang perniagaan lagi.

Namun jauh di sudut hatinya, agar perkara sebegini tidak akan dihadapi lagi pada masa akan datang.

Menerusi entri tersebut juga, Zoey menerima banyak maklum balas positif daripada pengguna yang menganggap apa yang sedang dilalui sebagai asam garam dalam perniagaan.

“Komen macam ni sudah biasa dihadapi oleh kebanyakan peniaga. Tak usah ambil hati dan jalan terus. Kita tahu apa yang berlaku dan biarkan mereka terus berkata-kata,” tulis seorang netizen.

“Biasalah orang dengki memang macam tu. Tak payah dilayan komen macam tu,” tulis seorang lagi.

Sebagai info, Zoey sudah beberapa tahun menjalankan perniagaan kecantikan dengan jenama Mika Siries. Dia juga turut menjalankan beberapa bisnes lain termasuklah pakaian dan makanan ringan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here