Tak lagi berhijab, ini jawapan isteri Yonnyboii

0
527

SEJAK mengambil keputusan untuk membuka semula hijab, isteri kepada penyanyi Yonnyboii menjadi sorotan netizen yang menganggap tindakan tersebut kurang manis.

Jika sebelum ini penampilan Nik Nazira Nariman begitu manis dan menjadi perhatian umum, imej terbarunya sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepada umum.

Menjawab pertanyaan tersebut, wanita yang mesra disapa dengan panggilan Nazira ini begitu tenang berhadapan depan pertanyaan dan ‘serangan’ netizen.

“Kalau nak tahu ini bukanlah penampilan terbaru saya pun. Sebenarnya sebelum ini pun saya tidak bertudung dan hanya bertudung dalam tempoh setahun.

“Kalau boleh doakan sahajalah yang baik-baik untuk saya. Mana tahu pada masa hadapan saya akan jadi lebih baik daripada orang yang mengutuk,” katanya bersahaja.

Dalam pada itu, dia yang juga merupakan seorang influencer popular tanah air mengakui tidak pernah sesekali membaca apa sahaja komen yang diberikan kebanyakan orang.

Apa sahaja kata-kata kurang manis yang mempersoalkan tindakannya membuka tudung langsung tidak diendahkan pada dasarnya.

Tambahnya lagi, dia berpegang kepada prinsip untuk tidak ambil pusing agar tidak terus membebankan emosinya.

“Kalau mereka kutuk saya, mana tahu pada masa hadapan hidup mereka akan lebih teruk daripada saya. Kita tak tahu jalan hidup kita.

“Daripada saya sakit hati membacanya, baik jangan. Saya sendiri sudah. Bersedia dengan segala kemungkinan bila mengambil keputusan besar begini.

“Mulut orang nak mengata, saya tak boleh buat apq-apa,” katanya ketika ditemui sempena majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia baru-baru ini.

Dia hadir menemani suaminya yang turut sama membuat persembahan bersama beberapa rakan artis yang lain.

Sebagai info, Nazira dan Yonnyboii bernikah pada 20 November tahun lalu di sebuah premis di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dalam satu majlis tertutup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here