Gambar YDP Majlis Perbandaran Klang pun jadi mangsa ‘scammer’

0
410

MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) hari ini membuat laporan polis susulan gambar Yang Dipertua (YDP) badan itu, Noraini Roslan, disalah guna oleh ‘scammer’ sebagai profil aplikasi WhatsApp untuk meminjam wang daripada kenalannya.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK Norfiza Mahfiz berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan selepas Noraini menerima beberapa panggilan daripada kenalan beliau termasuk Ahli MPK yang mahukan pengesahan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata ‘scammer’ meminta kenalan YDP memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun RHB (26403000018474) atas nama Collection Enterprise.

“Laporan polis yang dilakukan ini adalah untuk memaklumkan kepada umum bahawa YDP MPK tidak pernah meminta wang seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam. 

“Orang ramai terutama warga Klang diminta berhati-hati dengan penyamaran ini kerana ia boleh menyebabkan kerugian pada mereka yang tertipu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here