YADIM tegur Aliff Syukri promosi LGBT 

0
302

SEJAK melancarkan lagu Kelepok Raya kurang seminggu yang lalu, nama usahawan Datuk Aliff Syukri panas apabila dikatakan mempromosikan budaya songsang kepada masyarakat.

Terbaru, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) turut meluahkan rasa kesal berhubung muzik video lagu raya yang dianggap kurang sesuai dengan masyarakat Islam di sini.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, video muzik berkenaan secara jelas mempromosi budaya songsang LGBT dan telah mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang telah memasuki fasa 10 malam terakhir.

“Usahawan yang terkenal konsisten dalam mengeluarkan kandungan medianya yang menyinggung sensitiviti rakyat sebelum ini telah melampaui batasan norma murni masyarakat di Malaysia dengan mengeluarkan video muzik yang mengangkat budaya LGBT.

“Ia bukan sahaja dipandang jijik oleh ajaran Islam, bahkan menyonsang arus budaya sebenarnya masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan siapa individu yang dimaksudkan, ia merujuk kepada Aliff Syukri yang sedang menjadi perhatian masyarakat selepas melancarkan lagu Kelepok Raya baru-baru ini.

Video muzik dan bahan promosi yang dimuat naik menjadi perdebatan ramai apabila menggunakan sejumlah penari lelaki lembut dengan pelbagai watak untuk menarik perhatian pendengar.

Ada yang menganggap tindakan Aliff keterlaluan dan biadab kerana mencemarkan Ramadan dengan video sebegitu.

Ustaz Nasrudin juga menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna untuk menunjukkan sikap dan kuasa pengguna kepada usahawan berkenaan yang sering mengeluarkan kandungan yang kelihatan membodohkan diri dan merendah-rendahkan akal budi rakyat.

“Warga pengguna sewajarnya memberikan respon yang tegas meskipun dapat dijangka kita mungkin akan disajikan sekali lagi dengan ‘drama dan air mata’ permohonan maaf usahawan ini.

“Rakyat mesti menolak sikap matlamat menghalalkan cara ini dalam meraih populariti dan laba perniagaan secara murahan,” tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here