DBKL kesan remaja rosakkan papan tanda main papan selaju

0
319

TINDAKAN sekumpulan remaja yang melakukan vandalisme dengan merosakkan papan tanda awam untuk bermain papan selaju (skateboard) menerima padah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengesan mereka.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook pada Ahad, DBKL memaklumkan kumpulan remaja terbabit melakukan aktiviti itu di sekitar River of Life (RoL) Medan Pasar.

Perbuatan mereka merosakan papan tanda itu dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi berkenaan.

“Anda dikesan! Terdapat segelintir remaja yang telah melakukan vandalisme terhadap papan tanda awam untuk permainan papan selaju di kawasan Projek RoL Medan Pasar.

“Perbuatan salah laku ini dikesan melalui CCTV di lokasi berkenaan. DBKL yang membuat susulan segera di kawasan berkenaan mendapati remaja ini telah melarikan diri,” tulis hantaran itu.

DBKL turut mendapatkan bantuan polis untuk menjejaki pelaku vandalisme berkenaan.

DBKL menegaskan, bahawa mereka yang terlibat melakukan salah laku terhadap harta awam boleh dikenakan denda sehingga maksimum RM2,000.

Pihak berkuasa tempatan itu turut mengingati bahawa orang ramai dibenarkan untuk beriadah namun jangan sesekali merosakkan harta benda awam.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here