Mike Tyson belasah penumpang sampai ‘KO’

0
240

GARA-GARA tidak tahan “diganggu” seorang penumpang ketika di dalam pesawat, bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson bertindak menumbuk lelaki tersebut dalam satu kejadian malam Rabu.

Insiden berlaku ketika penumpang sedang menunggu pesawat Jet Blue itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ke Florida.

Video “Iron Mike” membelasah lelaki itu tular, menunjukkan beliau beberapa kali menumbuk pada bahagian kepala sehingga mendatangkan kecederaan.

Sebelum semua itu berlaku, memetik laporan TMZ, Tyson kelihatan “tenang” meskipun diganggu tanpa henti penumpang tersebut yang tidak henti-henti melakukan provokasi.

Rakaman video yang tular itu mendakwa lelaki itu dibelasah hanya kerana “meminta autograf” daripada Tyson.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dilapor menerima rawatan tidak lama kemudian.

Namun menurut jurucakap Tyson, penumpang itu berulang kali “mengganggu”nya.

“Berlaku satu insiden dalam pesawat melibatkan Tyson dengan seorang penumpang agresif yang mengganggunya dan membaling botol air ke arahnya ketika Tyson berada di tempat duduk.”

Sementara itu, Jabatan Polis San Francisco (SFPD) memberitahu TMZ bahawa pegawainya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan dan menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, polis menambah mangsa yang dirawat enggan memberi kerjasama dalam siasatan polis.

Tyson, 55, dilaporkan keluar daripada pesawat sebelum ia berlepas ke Florida. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here