PRN Johor: UMNO bagi RM200, dakwa Tun M

0
213

UMNO didakwa antara parti yang menghulurkan wang bagi membeli undi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, salah satu faktor kekalahan teruk parti yang diterajuinya itu adalah kerana ketiadaan duit untuk membeli undi penduduk negeri berkenaan.

Katanya, beberapa parti temasuk UMNO dikatakan menghulurkan sebanyak RM200 kepada pengundi untuk memilih parti berkenaan ketika PRN Johor.

“Kalau dekat Johor, kita (Pejuang) tidak ada duit, orang (dari parti) lain semua bagi duit, bila kita telefon orang (supaya) mengundi Pejuang, untuk undi kita, dia tanya berapa nak bagi? Kita telefon dia untuk undi Pejuang, dia tanya berapa nak bagi.

“Dia (pengundi) kata UMNO bagi RM200, kita nak bagi berapa (kepada pengundi), kita beritahu kita tidak boleh bagi apa sebab kita tak ada duit, tetapi kita berjuang untuk bangsa kita, untuk negara kita, (atas sebab itu) dia tidak undi kita, dia nampak RM200, (nilai itu sebenarnya) berapa hari nak tahan,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul Ramadan di Masjid Al-Naim, Makam Mahsuri, pada Rabu.

Dalam masa sama, beliau menyatakan parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di seberapa banyak kerusi Parlimen didalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 meskipun mengalami kekalahan yang teruk pada PRN Johor.

Sebelum ini, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan bahawa pihaknya berpuas hati dan menerima keputusa PRN Johor walaupun parti berkenaan tidak memenangi sebarang kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here