[VIDEO] Kerana persenda isteri, Will Smith tumbuk Chris di majlis Oscar

0
880

ANUGERAH Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dikejutkan dengan insiden pelakon Hollywood ternama, Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestij itu.

Insiden yang berlaku di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia) itu bermula kerana Rock mempersenda isteri Smith, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak, akibat masalah kesihatan.

Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan memarahi dan memberi amaran kepada Rock untuk tidak menjadikan isterinya sebagai bahan jenaka.

‘Drama’ Oscar 2022 itu bermula apabila Rock berada di pentas itu untuk menyampaikan anugerah bagi kategeori Dokumentari Terbaik.

Rock yang sangat sinonim dengan sikap suka berjenaka mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.

Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ Rock di acara berkenaan.

Namun, Smith tidak mengemukakan permohonan maaf itu pada Rock secara langsung. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here