PGA rampas arak, rokok berjumlah RM421,769

0
458

BATALION 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas rokok dan arak seludup berjumlah RM421,769 selepas melakukan serbuan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor, semalam.

Menerusi serbuan pukul 4 petang itu, PGA merampas 20 kotak rokok, 1,548 botol arak dan sebuah Toyota Hiace yang dipercayai menjadi kenderaan pengangkutan barang tidak bercukai berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, rampasan itu berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai di sekitar Johor Bahru.

“Modus operandi sindiket menjadikan kenderaan sebagai tempat penyimpanan stok rokok atau arak tiada cukai. Aktiviti difahamkan sudah beroperasi lebih kurang lima bulan.

“Rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here