[VIDEO] Tengku Zafrul tegur UM, minta rujuk sebelum timbulkan persoalan beliau telah letak jawatan

0
512

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Khamis menegur laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia (UM) di dalam portalnya yang menimbulkan persoalan seolah-olah beliau telah meletakkan jawatan.

Menurut beliau, laporan yang disiarkan pada hari ini tersebut merujuk kepada pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022) oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah di Parlimen pada hari ini.

Tengku Zafrul menjelaskan, pembentangan oleh Mohd. Shahar itu adalah berdasarkan perancangan pihak kementerian seperti yang dilakukan pada tahun lepas.

Beliau juga nasihatkan agar akhbar arus perdana itu agar membuat pengesahan dengan pihaknya sebelum mengeluarkan laporan yang sedemikian dan berlaku adil dalam melaporkan berita.

“Mereka boleh saja minta pengesahan dari pejabat atau pegawai saya.

“Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media – gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin,” tegas beliau dalam hantaran di laman Facebook rasminya pada petang ini.

Tengku Zafrul juga menjelaskan mengenai isu ketidakhadiran di Parlimen pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada sidang Parlimen yang sedang berlangsung.

Menurut beliau, ketidakhadiran itu berpunca daripada kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi tadi dan perkara ini telahpun dimaklumkan semalam.

“Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan.

“Mengikut SOP soalan MQT, hanya Menteri sahaja yang boleh memberikan jawapan, dan ini bukan pertama kali seorang Menteri diminta untuk membacakan jawapan Menteri lain,” jelas beliau.

Tengku Zafrul dalam masa sama mengucapkan terima kasih kepada Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad kerana membacakan jawapan beliau pada sesi berkenaan.

Beliau juga memaklum akan menjawab semua soalan tambahan secara bertulis.

Dalam hantaran berkenaan, Tengku Zafrul turut memohoan maaf kepada Ahli-ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Mutusami; Ahli Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi dan Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang bertanya soalan tambahan atas kesulitan yang telah berlaku. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here