Dua maut, 92 cedera gempa bumi kuat landa Jepun

0
445

DUA maut dan 92 lagi cedera selepas gempa bumi 7.4 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah malam Rabu, lapor Xinhua.

Seramai 92 dilaporkan cedera di tujuh wilayah termasuk Miyagi dan Fukushima setakat ini, menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana.

Gempa berlaku pada 11.36 malam waktu tempatan, pada 37.7 darjah utara dan 141.7 darjah timur dengan kedalaman 60 kilometer.

Amaran tsunami sehingga satu meter turut dikeluarkan di pantai wilayah Miyagi dan Fukushima, dan penduduk setempat digesa menjauhi kawasan itu.

Sebahagian perkhidmatan kereta api laju Shinkansen di Tohoku dihentikan pagi Khamis akibat tergelincir dari landasan.

Syarikat Lebuhraya East Nippon menutup sementara beberapa lebuh raya, termasuk Lebuhraya Tohoku di Osaki, Wilayah Miyagi dan Lebuhraya Joban di Soma, Fukushima. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here