Covid-19: Putrajaya catat 100 peratus guna katil ICU

0
379

ENAM negeri merekodkan penggunaan lebih 50 peratus katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Putrajaya mendahului dengan 100 peratus penggunaan katil itu diikuti Kelantan (75 peratus), Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 73 peratus, Selangor (58 peratus) serta Perlis sebanyak 55 peratus.

Bagi katil bukan ICU, katanya, terdapat 12 negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 50 peratus.

“Negeri berkenaan adalah Selangor sebanyak 108 peratus, Kuala Lumpur (98 peratus), Putrajaya (92 peratus), Terengganu (91 peratus), Perak (89 peratus), Perlis (88 peratus).

“Selain itu, Sarawak sebanyak 81 peratus, Melaka (80 peratus), Kelantan (76 peratus) , Johor (61 peratus), Pulau Pinang (60 peratus) dan Pahang serta Terengganu (57 peratus),” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiada negeri mencatatkan peratusan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Menurutnya, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) juga meningkat kepada 222 pesakit dan peratusan penggunaan bantuan itu adalah 25 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here