[KEMAS KINI]: Sebanyak 22% telah mengundi setakat 11 pagi ini – SPR

0
635

SEBANYAK 22 peratus pengundi telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat pukul 10 pagi tadi.

Statistik berkenaan dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam ciapan di Twitter.

Pusat-pusat pengundian bagi pemilih biasa bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mula dibuka jam 8 pagi tadi.

Johor mempunyai lebih 2.5 juta pemilih yang bertanggungjawab memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Keseluruhannya seramai 239 calon menawarkan diri yang terdiri daripada 10 parti dan Bebas.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka untuk proses pengundian hari ini.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here