[KEMASKINI]: Hanya 50% telah buang undi setakat 4 petang– SPR

0
199

SEBANYAK 50 peratus pengundi telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat pukul 3 petang tadi.

Statistik berkenaan dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam ciapan di Twitter.

Peratusan keluar mengundi dijangka tidak bergerak banyak selepas ini ekoran ramalan cuaca yang mengatakan hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini.

Johor mempunyai lebih 2.5 juta pemilih yang bertanggungjawab memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. – SB

Semalam, info trafik Lembaga Lebuh Raya melaporkan beberapa jajaran di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Johor menunjukkan pertambahan bilangan kenderaan secara mendadak.

Antaranya laluan arah utara dari Senai ke Kulai, laluan arah selatan dari Putra Mahkota ke Nilai Utara dan dari Ayer Keroh menuju Jasin.

Johor mempunyai lebih 2.5 juta pemilih yang bertanggungjawab memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. – SB

Keseluruhannya seramai 239 calon menawarkan diri yang terdiri daripada 10 parti dan Bebas.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka untuk proses pengundian hari ini.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here