Keluarga, anak angkat berebut harta Dorce Gamalama

0
960

HIDUP sebagai transgender dan mati sebagai lelaki, nama Dorce Gamalama memang menuai perhatian peminat saat keluarganya enggan mengikut wasiat yang ditinggalkan dan mengebumikannya sebagai lelaki.

Berselang masa, nampaknya kematian Dorce membuka kisah baharu apabila keluarga kandung dan anak angkatnya kini bertelagah mengenai isu harta.

HUSNY TANJUNG

Menurut peguam yang mewakili keluarga Dorce, Husny Tanjung mengatakan mereka hanya melakukan tindakan berlandaskan undang-undang yang sedia ada.

“Semua ini merupakan persoalan mengenai harta peninggalan Dorce. Semua orang tahu, dia tidak mempunyai anak, hanya anak angkat.

“Jadi kita harus kembali ke landasan undang-undang bahawasanya dia masih mempunyai waris sedarah.

“Kenapa perlu ada pertelingkahan antara keluarga dan anak angkat? Ini yang mahu kita uruskan agar harga yang ditinggalkan menjadi amal ibadah yang baik,” kata Husny dalam atau program TV di Indonesia.

Dia turut menegaskan yang anak angkat Dorce tetap akan menerima harta namun jumlahnya tidak sama dengan keluarga kandung.

Tegasnya, jika mengikut undang-undang tidak ada harga untuk anak angkat. Namun jika berdasarkan wasiat, mereka hanya akan mendapat satu pertiga sahaja harta setelah ditolak hutang.

“Sekarang sudah ada waris yang berhak, kenapa tunggu wasiat? Kalau wasiat pun, hanya satu pertiga,” kata Husny lagi.

Kisah perebutan harta arwah menjadi panas apabila ada pihak mula menuntut hutang yang ditinggalkan kepada anak saudara Dorce yang dikenali dengan nama Mimi Artati.

Masalah timbul apabila semua aset dan dokumen penting dipegang oleh anak angkat dan sehingga ke hari ini belum ada sebarang komunikasi antara mereka.

“Sampai ke hari ini memang ramai yang datang menuntut hutang kepada kami. Nak membayar hutang perlukan wang,” tambah Husny lagi.

Dalam pada itu, peguam Dorce, Amelia Mustika tidak banyak memberikan kenyataan mengenai harta yang ditinggalkan.

Menurut laporan, Amelia kini memegang surat wasiat yang ditulis oleh Dorce sejak 2015 lagi termasuklah rumah dan tanah.

DORCE meninggal dunia 16 Februari 2022.

Beberapa aset diwariskan kepada anak-anak yatim asuhan Dorce Gamalama terdiri daripada Rizky Sutrisno Kidjo, Siti Khadijah, Siti Fatimah Tuzzahrah dan Abu Ramadhani.

Dorce pelawak transgender berusia 58 tahun meninggal dunia pada 16 Februari lalu akibat Covid-19.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here