[VIDEO] Rakyat Endau faham PN masih berkuasa di Persekutuan

0
454

KECENDERUNGAN rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau kepada Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan oleh kefahaman mereka PN masih berkuasa di peringkat Persekutuan.

Hakikat itu, kata penyandang kerusi DUN berkenaan, Alawiyah Talib, bermakna walaupun PN tidak berjaya menubuhkan kerajaan di Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, wakil-wakil rakyatnya masih boleh banyak membawa manafaat kepada mereka.

Menurut beliau, perkara itu juga memberikan rakyat Endau kefahaman dan keyakinan akan ada satu perubahan kepada negeri Johor jika PN berjaya menubuhkan kerajaan negeri berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini.

“Kerajaan PN masih di peringkat Persekutuan Persekutuan.

“Inii bermakna masih banyak ruang yang boleh saya lakukan untuk rakyat Endau,” katanya kepada SatuBerita ketika ditemui di Majlis Minum Petang Bersama Komuniti Cina di Medan Ikan Bakar Endau pada Khamis.

Menyentuh mengenai persaingan sengit PN dan Barisan Nasional di Endau, Alawiyah yang lebih mesra dipanggil Kak Awi berkata, rata-rata penerimaan rakyat di kawasan itu amat menggalakkan.

“Ini merupakan satu indikasi bahawa mesej perubahan yang dibawa oleh PN sampai dan difahami oleh rakyat di DUN itu.

“Kita mahu bawa perubahan kepada Endau dan rakyatnya boleh menilai prestasi PN yang saya wakili dalam penggal yang lalu,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here