Tayangan The Batman di Rusia dihentikan serta merta

0
380

KETIKA peminat naskhah filem Batman sedang meraikan tayangan terbaharu The Batman di seluruh dunia, Warner Bros dilaporkan melakukan tindakan drastik dengan menghentikan tayangan di Rusia.

Warner Bros selaku penerbit dan pengedar filem berkenaan bertindak demikian sebagai tanda protes disebabkan pencerobohan negara kuasa besar berkenaan ke atas Ukraine.

Sebenarnya, langkah Warner Bros itu mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh beberapa syarikat perfileman lain seperti Walt Disney dan Sony Pitcures yang sudah bertindak sedemikian.

Mereka sanggup menghentikan sementara tayangan filem dan beberapa produk besar yang lain atas alasan kemanusiaan seperti dilaporkan beberapa agensi sebelum ini.

“Disebabkan berlakunya krisis di Ukraine, Warner Media menghentikan sementara tayangan filem The Batman di Rusia. Kami akan terus memantau perkembangan krisis antara dua buah negara ini.

“Kami juga berharap agar tragedi ini dapat diselesaikan dengan segera dan secara aman aman,” kata wakil syarikat seperti yang dilaporkan Al-Jazeera.

Seperti mana yang diketahui umum, The Batman merupakan antara filem yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan peminat di seluruh dunia.

Antara bintang utama filem berkenaan termasuklah Robert Pattinson, Zoe Kravitz, Paul Dano dan Colin Farrel.

Muka ditayangkan serentak Jumaat lalu di Amerika Utara dan beberapa negara lain termasuklah Rusia, The Batman kini sudah pun memasuki pasaran di seluruh dunia.

Meskipun agak terlambat mengikut keputusan syarikat besar yang lain, wakil Warner Bross mendedahkan yang mereka kini akan mengikut sahaja keputusan yang dilakukan oleh syarikat penerbitan yang lain.

“Pixar juga melakukan tindakan yang sama menghentikan tayangan filem Turning Red di sana. Semua ini dibuat akibat pencerobohan dan krisis kemanusiaan’” tambah wakil syarikat ini lagi.

Terdahulu, Akademi Filem Ukraine menggesa antarabangsa untuk memboikot industri filem Rusia secara total sebagai simbolik bantahan kepada pencerobohan ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here