Presiden Ukraine terselamat cubaan bunuh

0
405
VOLODYMYR ZELENSKYY

PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Selasa dilaporkan berjaya diselamatkan dari satu rancangan cubaan bunuh oleh sebuah organisasi separa tentera Chechnya.

Menurut Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine, Oleksiy Danilov Zelenskyy berjaya dipatahkan pihaknya sebelum ia berjaya dilaksanakan.

Cubaan itu katanya, dirancang anggota unit elit Kadyrovtsy lapor agensi berita Interfax-Ukraine yang memetik kenyataan Danilov, kepada saluran TV, Ukraine 24.

“Operasi khas oleh Kadyrovtsy untuk menghapuskan presiden kami diketahui sepenuhnya oleh kami hari ini,” kata Danilov yang mendapat maklumat daripada wakil FSB (Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia) yang tidak ingin terlibat dalam perang Rusia-Ukraine.

Kadyrovtsy ialah sebuah organisasi separa tentera di Chechnya yang berfungsi sebagai perlindungan Ramzan Kadyrov, ketua Republik Chechen. – AGENSI