PRN Johor: Sebahagian besar calon PN muka baharu – Muhyiddin

0
604

PERIKATAN Nasional (PN) akan mengetengahkan sebahagian besar muka-muka baharu sebagai calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya sebilangan kecil daripada calon-calonnya adalah penyandang kerusi sebelum ini.

“Penyandang, tidak semua yang akan dilantik. Calon yang lain itu hampir semuanya muka baharu.

“Ini pertama kali kita menawarkan parti kita untuk bertanding atas nama PN, gabungan tiga parti… harap ini mungkin akan meraih pengundi,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyerahan Koperasi Felda Lenga kepada Ahli Koperasi di Pagoh pada Khamis.

Pengumuman calon PN bagi PRN Johor akan dibuat petang ini.

Penamaan calon bagi PRN Johor akan berlangsung Sabtu ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Mac manakala undi awal pada 8 Mac. – Bernama
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here