Calon SPM positif Covid-19 diberi tarikh baharu

0
357

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang sedang menjalani kuarantin akibat Covid-19, tidak perlu menduduki kertas peperiksaan masing-masing pada tarikh yang diadakan.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata sebaliknya calon berkenaan akan menduduki peperiksaan SPM pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan. 

“Mereka yang dijangkiti Covid-19 ketika SPM ini, akan menduduki peperiksaan berkenaan pada tarikh akan diberitahu kemudian. 

“Ini sama seperti kita laksanakan pada ujian lisan tempoh hari, mereka yang positif tidak perlu ambil ujian dan akan ambil peperiksaan itu kemudian.

“Bagi calon yang sedang menduduki peperiksaan, namun pihak sekolah baru mendapat maklumat yang individu itu positif, calon itu akan diletakkan dalam bilik khas yang disediakan di sekolah berkenaan.

“Calon yang menjadi kontak rapat pula, sekiranya perlu menjalani kuarantin, dia juga tidak perlu hadir ke tempat peperiksaan. 

“Namun yang menjadi kontak rapat ini perlulah menunjukkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Yayasan Didik Negara (YDN), hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here