Warisan sah bertanding pada PRN Johor

0
296

PARTI Warisan Sabah (WARISAN) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang dijadualkan pada 12 Mac ini.

Pengesahan itu diumumkan Presidennya, Datuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menegaskan keputusan parti berkenaan bertanding pada PRN Johor bagi memberi pilihan kepada pengundi.

Katanya, walaupun ada pelbagai parti di Malaysia, tetapi rakyat sendiri yang akan menentukan perubahan kerajaan yang mereka mahukan.

“Di PRN Melaka dan Sarawak, WARISAN tidak bertanding, namun di Johor kita memutuskan secara rasmi untuk bertanding.

“Ini bagi memberi lebih pilihan kepada rakyat, biar rakyat yang tentukan untuk mengubah kerajaan.

“WARISAN mahu memberi pilihan kepada pengundi Johor membuat keputusan terbaik memilih bentuk kerajaan yang mereka inginkan,” katanya berucap melancarkan WARISAN Johor, di Johor Bahru, malam tadi. 

Hadir sama, Ketua Koordinator WARISAN Johor, Suhaimi Salleh.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, tarikh penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 26 Februari dan hari mengundi pada 12 Mac selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here