Tujuh maut kebakaran akibat letupan di Perancis 

0
398

TUJUH termasuk dua kanak-kanak maut dalam kebakaran susulan satu letupan kuat di pekan St Laurent-de-la-Salanque, barat daya Perancis.

Beberapa bangunan di pekan itu kira-kira 15 kilometer dari bandar Perpignan turut musnah dalam kejadian petang semalam.

Bagaimanapun usaha mencari mangsa masih sedang giat dijalankan di dua blok pangsapuri dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin memaklumkan, angka kematian ketika ini disahkan adalah tujuh namun pasukan kecemasan masih menjalankan usaha pencarian.

“Pendakwa raya ketika ini tidak mempunyai maklumat bagi menentukan kejadian tersebut disengajakan atau sebaliknya,” katanya.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan susulan letupan di sebuah premis komersial di wilayah Pyrenees-Orientales, Perancis, yang menyebabkan kebakaran di unit perumahan di atas premis berkenaan.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan   seramai 20 individu lain turut dilaporkan cedera dalam insiden itu. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here