Kerajaan serius sekat ajaran sesat – Idris

0
584

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa proaktif dalam usaha menyekat ajaran sesat dan bertentangan dengan syariat Islam. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata pihaknya mengalu-alukan masyarat melaporkan kepada JAKIM dan JAIN sebarang kegiatan itu. 

Beliau mengakui terdapat banyak ajaran sesat yang cuba disebarkan pihak tertentu, termasuk dari luar negara melalui laman sosial.

“JAKIM akan bertindak dan akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Jika dibawa secara fizikal seperti di Perak sebelum ini, JAKIM akan memberitahu kepada JAIN. JAKIM tiada kuasa, kami hanya salurkan maklumat kepada JAIN untuk diambil tindakan.

“Bagaimanapun, setakat ini isu ajaran sesat terkawal kerana JAKIM dan JAIN sentiasa memantau dan bertindak tegas menyekat kegiatan bertentangan syariat Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan 2022 di Masjid Sri Sendayan, petang ini.

Idris mengulas ajaran sesat dikenali Gerakan Akhir Zaman (Gaza) cuba mempengaruh masyarakat negara ini, berasal dari Indonesia dan dikatakan sedang membuat persiapan untuk akhir zaman berdasarkan mimpi seorang lelaki dari Pakistan yang dikenali Muhammad Qasim Abdul Karim yang mendakwa hanya mengikut kehendak Allah dalam mimpinya – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here