8,120 guru pengambilan khas lapor diri 1 Mac

0
362

SERAMAI 8,120 guru baharu bagi pengambilan khas secara one-off yang berjaya dalam temuduga fasa 2 dan 3 telah dimuktamadkan penempatan tugasan mereka.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, kesemua mereka boleh membuat semakan penempatan bermula bermula Isnin dan guru-guru berkenaan akan mula melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac.

“Kepada calon yang berjaya dipilih, tahniah dan selamat bertugas saya ucapkan. Manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat.

“Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik untuk mempercepatkan pelantikan dan penempatan baki pengambilan guru one-off dalam masa terdekat. Ini amat penting bagi menampung keperluan guru, khususnya bagi sesi persekolahan akan datang,” kata beliau dalam hantaran di Facebook rasminya pada Selasa.

Pengambilan khas guru secara one-off tersebut melibatkan keseluruhan 18,702 orang adalah bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama.

Radzi dalam masa sama memberi jaminan, KPM akan berusaha untuk menyelesaikan isu-isu yang telah lama berlarutan satu per satu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here