[VIDEO] Pembukaan sempadan mampu pulih ekonomi Malaysia

0
638

CADANGAN Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk membuka kembali pintu sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini  dijangka memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi dengan manfaat yang dapat dilihat secara ketara membabitkan sektor perladangan dan pertanian.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Putrajaya, Azan Ismail berkata, keputusan MPN demikian adalah wajar disebabkan banyak industri sebelum ini terjejas disebabkan wabak Covid-19.

Katanya, disebabkan itu, industri-industri pada masa kini terutamanya dari segi ekonomi sangat memerlukan pelaburan dari luar.

“Bila sempadan dibuka, ekonomi negara akan lebih rancak dan industri pelancongan juga akan bertambah baik,

“Selain itu, beberapa isu kekurangan sumber dari segi pertanian dapat diatasi serta harga juga boleh menurun disebabkan kemasukan barang dari luar.” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Tambahnya, dengan pembukaan sempadan negara, ianya akan memberi impak positif kepada sumber makanan dan juga harga makanan dapat dikurangkan. 

“Impaknya adalah apabila barang masuk, harga dapat dikurangkan,

“Tapi kalau kita tidak buka sempadan, harga akan terus naik disebabkan kurang barang tetapi tawaran meningkat,” jelasnya. 

Menurutnya, penutupan sempadan sebelum ini telah menyebabkan produk atau barangan dari Malaysia susah untuk ke luar negara.

“Kita ada beberapa produk kita contohnya dari Cameron Highlands yang akan kita hantar ke Singapura,

“Jadi bila kita tak boleh hantar barang kita ke luar, itulah yang menyebabkan berlakunya lambakan di tempat kita sendiri,

“Kita juga tidak boleh menjamin konsistensi untuk proses barang sebab kita hanya bergantung kepada apa yang kita ada sahaja.” katanya. 

Tambahnya, sebelum ini restoran ditutup jadi peladang mampu untuk menanggung bekalan makanan yang diperlukan. 

Namun setelah restoran kembali beroperasi, permintaan mula meningkat dan memberi impak kepada ekonomi serta harga barang mula naik.

Azan Ismail berkata, sekiranya sempadan tidak dibuka, ianya akan melambatkan perkembangan dari segi pertanian dan perladangan.

“Ladang-ladang juga kerap menghadapi masalah dari segi tenaga perkerja kerana pekerja-perkerja dari luar susah nak masuk ke Malaysia.” jelasnya.

Bagaimanapun, Azan berpendapat, pembukaan sempadan negara sepenuhnya sememangnya memberi impak yang positif kepada ekonomi negara tetapi pada masa yang sama akan memberi kesan negatif.

Terdahulu, MPN mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib, kata 

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, syor itu adalah langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here