‘Salah tetap salah, saya terima’ – Hishammuddin

0
378

SALAH tetap salah, demikian tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai tindakan kompaun yang bakal dikenakan terhadapnya akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri satu majlis di Johor Bahru pada Ahad.

Menurut Bendahari Agung Barisan Nasional  (BN) itu, beliau hadir sebagai tetamu dan mengakui ada kelemahan dalam penganjuran majlis berkenaan.

“Saya hadir sebagai tetamu dan saya terima, memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP tadi. Tapi, salah tetap salah,” katanya menerusi Twitternya.

Hishammuddin berkata, tidak ada sesiapa pun boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang termasuk dirinya.

Katanya, insiden tersebut wajar jadi pengajaran  kepada semua.

Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengarahkan pegawai KKM Putrajaya mengeluarkan kompaun terhadap Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad kerana melanggar SOP.

Kesalahan itu dilakukan ketika hadir pelancaran Briged MIC Negeri Johor yang diadakan di Stadium Tertutup Educity, Iskandar Puteri,

“Saya telah mengarahkan pegawai KKM Putrajaya untuk keluarkan kompauan kepada Datuk Seri Hishammuddin, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Tan Sri SA Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur bawah Akta 342.

“KKM akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” katanya dalam ciapan di akaun Twitternya, pada Ahad.

Sementara itu Berita Harian melaporkan, kenyataan Khairy tersebut diterima ketika program  masih berlangsung dengan Hasni yang juga Ketua Penyelaras PRN Johor, sedang memberi ucapan, sekali gus melancarkan program itu.

Kira-kira 3,000 ahli MIC hadir pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Hasni yang dimaklumkan mengenai tindakan kompaun itu ketika berucap sempat memaklumkan hadirin ‘kita dikompaun Tan Sri’ (Tan Sri SA Vigneswaran).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here