Bunuh keluarga kerana disekat layari internet

0
363

BUNUH keluarga hanya kerana disekat melayari internet, itulah tindakan kejam yang dilakukan boleh seorang remaja lelaki di Costa Blanca, Sepanyol.

Malah, remaja berusia 15 tahun itu didakwa tinggal bersama-sama mayat ibu bapa dan adik lelakinya selama tiga hari sebelum membuat pengakuan terhadap jenayahnya itu.

Memetik laporan Daily Star, sumber pihak polis berkata, remaja berkenaan dipercayai disekat untuk melayari internet oleh ibu bapanya ekoran keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan selain tidak membantu melakukan kerja rumah.

Katanya, remaja berkenaan dipercayai menggunakan selaras senapang memburu untuk membunuh ibu dan adik lelakinya sebelum menembak mati bapanya yang tiba ke kediaman mereka selepas itu.

Sementara itu, sumber tempatan mendakwa remaja itu membuat pengakuan selepas seorang jiran bertanya keberadaan ibu bapanya dengan menjawab: “Saya telah membunuh mereka beberapa hari lalu”.

Menurut laporan media tempatan, dua orang ibu saudara remaja itu yang dihubungi oleh jiran mereka selepas dia membuat pengakuan, telah menemui ketiga-tiga mayat mangsa disembunyikan di dalam sebuah bangsal di kediaman mereka.

Kediaman mereka pada ketika ini telah ditutup oleh pihak polis bagi membolehkan pegawai forensik melengkapkan siasatan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here