FDA tangguh mesyuarat isu guna vaksin Pfizer-BioNTech kecemasan untuk kanak-kanak

0
421

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat mengumumkan penangguhan mesyuarat panel penasihat mengenai penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun, kerana ia memerlukan lebih banyak data, lapor Xinhua.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan FDA pada asalnya dijadual pada 15 Februari.

Agensi itu berkata ia telah menyemak maklumat percubaan baharu yang tiba selepas permohonan Pfizer dan BioNTech untuk kebenaran kecemasan dan memutuskan ia memerlukan lebih banyak data daripada percubaan berterusan dos vaksin ketiga pada kanak-kanak yang lebih muda untuk meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan.

“Kami percaya maklumat tambahan mengenai penilaian berterusan dos ketiga harus dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada faktor dalam membuat keputusan untuk potensi kebenaran,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Pfizer dan BioNTech pada Jumaat berkata mereka menjangkakan data mengenai tiga dos yang tersedia akan diperoleh pada awal April.–BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here