[VIDEO] Misteri ratusan burung mati hampir serentak

0
320

RATUSAN burung dilaporkan secara tiba-tiba ‘jatuh’ dari langit dan mati dalam kejadian di sebuah pekan kecil di Chihuahua, Mexico.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan burung-burung tersebut jatuh ke tanah dipercayai berhampiran sebuah kediaman.

Menerusi video yang berlainan mengenai kejadian tersebut turut memaparkan burung spesies berwarna hitam dan kuning itu bergelimpangan di atas jalan.

Menurut beberapa laporan, kematian burung-burung malang itu kemungkinan disebabkan kepekatan bahan pencemar di udara, selain ada juga yang mendakwa ia berpunca daripada renjatan elektrik.

Bagaimanapun, penyelidik tempatan masih tiada jawapan setakat ini berkenaan punca sebenar kejadian yang sebelum ini juga pernah berlaku di negara itu.

Terdahulu, insiden hampir sama pernah dilaporkan pada 20 Ogos tahun lalu, yang mana pakar mengesyaki ia berpunca daripada kebakaran hutan yang berlaku di pantai barat negara itu.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Misteri beratus burung mati selepas jatuh ketika terbang

Pada 20 November lalu, satu kejadian yang hampir sama berlaku di Bandar Ferrol, Sepanyol.

Burung-burung berkenaan jatuh ke atas kereta-kereta serta orang ramai di sepanjang laluan tersebut di hadapan Hospital Ribera Juan Cardona.

Ketika kejadian itu berlaku, orang ramai menyangka sekawan burung itu berkemungkinan direnjat elektrik atau disebabkan oleh selesema burung, namun kedua-dua tanggapan tersebut telah disangkal oleh pihak berkuasa tempatan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here