Penyanyi Apo Kono Eh Jang meninggal dunia

0
242

PENYANYI lama yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang, Mastura Ismail, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 8.50 malam tadi.

Berita tersebut disahkan oleh Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Hanapiah dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air Mastura Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada jam 8.50 malam tadi dikediaman beliau di Cheras.

“Jenazah kini berada dirumahnya di Taman Cheras Idaman dan akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Taman Rakan Cheras sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Long sebelum Zohor esok,” kata Hafiz.

Kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak akhir-akhir ini selepas diserang kanser ovari tahap empat.

Sepanjang bergelar anak seni, Mastura yang berasal dari Mentakab, Pahang cukup popular dengan lagu dielak Negeri Sembilan bersama rakan duetnya Ally Nor.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here