Aishah mengamuk video muzik kena padam! 

0
442

“KALAU i kata bodoh nanti kecil hati. But it’s radiculous,” luah penyanyi Datuk Aishah.

Semuanya bermula apabila video muzik (MV) lirik lagu Ketentuan Takdir telah dipadam oleh individu tertentu yang sangat mengguris hatinya.

MV yang dimuatnaik menerusi YouTube sebuah syarikat ramakan antarabangsa itu pada awalnya sudah mencecah 6,000 tontonan ‘dighaibkan’ secara tiba-tiba.

“Mungkin bukan satu isu besar untuk segelintir orang tapi saya sangat sedih. Ketentuan Takdir yang kita lancarkan seminggu lalu dan baru saja keluarkan video lirik karaoke belum secara rasmi.

“Jadi kita minta tukar jangan tulis official video, sebab ia lirik saja. Tapi ada seseorang telah memadam keseluruhan video yang sudah cecah lebih 6,000 ribu tontonan.

“Saya tahu kalau nak bandingkan dengan budak baharu, 6,000 tontonan bukan sesuatu yang besar. Tapi berbeza untuk orang macam saya, bekerja keras untuk promosi lagu itu,” kata Aishah menahan marah.

Dia mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah perkongsian video menerusi Instagram miliknya pada Selasa.

Paling menyakitkan hati penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Beralih Arah itu apabila pihak tersebut memuat MV penyanyi lain sebaik sahaja memadam MV Ketentuan Takdir miliknya.

“Sekarang kita kena mulakan semula. Yang best itu, dia dah padam video saya, kemudian dia letak video orang lain.

“Saya tak terkata. Saya hanya minta peminat dan pengikut, tolong support artis lama. Kami cuba sedaya upaya untuk bersaing tapi ada orang buat macam ini.

“Saya hanya minta peminat, tolong view balik lagu saya itu. Saya tak mahu bersedih tapi saya sedih sebab dah bekerja keras,” tambahnya lagi.

Menerusi tinjauan SatuBerita di YouTube, lirik video lagu tersebut sudah dimuatnaik semula dan mendapat tontonan hampir 7,000 kali dalam masa sehari.

Aishah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan tidak menjawab panggilan mahupun pesanan kiriman ringkas yang dikirim kepadanya. – SB


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here