Anuar dituduh, Ziana anggap Vida sangat biadab

0
787

“Sangat biadab”

ITU ungkapan yang dizahirkan oleh penyanyi Ziana Zain apabila adiknya, Anuar Zain dikatakan seorang yang mengamalkan seks songsang oleh Datuk Seri Vida.

Sejak semalam, tular satu video yang memperlihatkan wanita berkenaan menjawab soalan peminat yang mahu dirinya ‘mencuba nasib’ dengan penyanyi berkenaan.

Namun, jawapan yang diberikan mengejutkan netizen apabila dia dengan tanpa rasa bersalah mengeluarkan perkataan g*y bagi menjawab pertanyaan tersebut.

Tangkap layar video TikTok yang memaparkan usahawan, Datuk Seri Vida menuduh Anuar Zain mengamalkan seks songsang.

Meskipun mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada netizen, komen yang ditinggalkan oleh Ziana cukup memberikan isyarat kepada usahawan berkenaan.

Sebagai kakak pastinya dia mahu membela maruah adiknya yang sedang dipermain-mainkan oleh usawan kontroversi berkenaan.

Meninjau kepada komen yang ditinggalkan oleh peminat, rata-rata dalam kalangan mereka menganggap Vida biadap dan melampaui batas.

Ada yang mahu Anuar mengambil tindakan saman kerana memalukan dirinya dan tak kurang juga yang mahu ibu tunggal tersebut bertaubat.

Tangkap layar komen Ziana Zain pada video TikTok yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna sejak Selasa.

“Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati rosak,” tulis seorang peminat.

“Subhanallah… Fitnah dan membuka aib org lain berdosa besar. Berniagalah mengikut ajaran Islam bukan kerana populariti,” kata Aref Zahri pula.

”Apa yang kita luahkan di dalam media sosial adalah ditonton di serata bumi kalau bercakap tu pakai otak sedikit,” komen sorang lagi pengguna.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu sudsh ditonton lebih 300,000 kali.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here