Tak serasi, Aeril & Wawa tukar nama anak

0
446

MENANGIS hampir setiap hari selepas dilahirkan membuatkan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bertekad mahu segera menukarkan nama anak bongsu mereka.

Bagi Wawa, nama Jibril Ibtisam yang diberikan kepada anak mereka yang lahir pada 30 November lalu kurang ‘kena’ membuatkan mereka bertekad menukarkan kepada Muhammad Fahri.

“Masa anak pertama dan kedua lahir dulu, Aeril yang beri nama. Kedua-duanya asyik menangis sahaja. Tapi yang ketiga saya beri nama, elok tak menangis.

“Yang keempat ni dia beri nama, bayi asyik menangis tak berhenti. Ada kala sampai dua jam,” kata Wawa membuka cerita.

Untuk mengelakkan masalah lebih besar berlaku, akhirnya Aeril menukarkan nama anak mereka segera.

Pun begitu, gara-gara hal berkenaan mereka ‘bermasam’ muka seketika.

“Saya ada cakap kalau awak berikan nama mesti akan jadi macam ni. Terus dia merajuk tak mahu bercakap dengan saya sehari.

“Tak lama selepas itu saya dapat berita dari pusat akikah yang mengatakan Muhammad Fahri selamat diaqiqahkan.

“Maknanya dua kali juga anak keempat diaqiqahkan. Aeril ambil serius perkara ini untuk menukarkan nama anak bongsu kami,” katanya lagi.

Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 2013 dan dikurniakan Ahmad Fakhruddin Attar, 8; Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6; Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri, 3 bulan.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here