Ular sawa ‘viral’ di Bukit Selambau ditangkap

0
775

SEEKOR ular sawa batik yang ditemui bersembunyi di dalam longkang pasar awam di Bukit Selambau, Kedah berjaya ditangkap, semalam. 

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Aksi mencuit hati ‘wartawan’ cilik lapor penemuan ular sawa di Bukit Selambau

Kisah penemuan haiwan itu menjadi viral apabila disiarkan secara langsung oleh seorang kanak-kanak melalui aplikasi Facebook dan menarik perhatian neziten melalui gaya penyampaiannya seperti seorang wartawan. 

Menurut APM Kuala Muda, ular yang ditangkap itu merupakan seekor ular sawa batik seberat 30 kilogram (kg) dan panjangnya mencecah empat meter.

Terdahulu, tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki yang petah berkata-kata dengan lenggok tidak ubah seperti seorang wartawan ketika ‘melaporkan’ kejadian penemuan seekor ular di Bukit Selambau mendapat perhatian warga maya.

Menurut kanak-kanak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Haziq, air di dalam longkang tersebut bertakung tinggi disebabkan terdapat seekor ular di dalamnya.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak yang memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad Haziq itu mencuba sehabis baik untuk tidak terlepas sebarang maklumat ketika melaporkan kejadian berkenaan biarpun dalam keadaan termengah-mengah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here