Keadaan Dr Mahathir kini stabil – Marina

0
285

KEADAAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas. 

Perkara itu dimaklumkan anaknya Datin Paduka Marina, dalam kenyataannya hari ini. 

“Sejak dua hari yang lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan.

Pada 8 Januari, beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Beberapa pengamal media mula berkumpul di luar IJN sejak 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir dan difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.- BERNAMA 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here