[VIDEO] Treler brek rosak rempuh 16 kenderaan, 5 maut

0
93

SEKURANG-KURANGNYA lima orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis yang melibatkan sebuah lori treler merempuh sejumlah kenderaan di satu persimpangan lampu isyarat di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia, pada Jumaat.

Menurut laporan media tempatan, kelima-lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 13 orang lagi cedera parah dan telah dibawa ke hospital berdekatan.

Pegawai polis bertugas, Sonny Irawan berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 6 pagi itu dipercayai angkara treler berkenaan yang menuju ke Balikpapan Barat mengalami kegagalan fungsi brek.

Susulan itu, treler yang membawa muatan seberat 20 tan itu meluncur laju sebelum merempuh kira-kira 16 buah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.

Katanya, lori treler berkenaan telah merempuh kira-kira enam buah kereta serta turut melibatkan 10 buah motosikal.

Menerusi satu video yang tular di laman sosial memaparkan sebuah lori treler berwarna merah meluncur laju di satu persimpangan lampu isyarat sebelum merempuh sejumlah kereta serta motosikal.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu juga memaparkan kenderaan yang terlibat berselerakan setelah dirempuh oleh treler berkenaan yang turut merobohkansebatang tiang lampu ketika kejadian.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here