3,764 kes Covid-19 hari ini

0
266

SEBANYAK 3,764 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,820,927 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

Semalam, sejumlah 3,229 kes baharu Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 535 kes hari ini.

Sementara itu, sebanyak 264,635 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, membabitkan 258,337 dos ketiga; 4,317 dos kedua dan 1,981 dos pertama, sekali gus sebanyak 61,540,069 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada rakyat negara ini.

Sehingga kini, sebanyak 97.9 peratus populasi dewasa negara sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing manakala 88.2 peratus populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun juga sudah lengkap divaksinasi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here