Siasatan dakwaan gangguan seksual ADUN Sedili dijangka siap minggu ini

0
425

SIASATAN kes gangguan seksual yang membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dijangka akan dilengkapkan minggu ini.

Rasman juga sudah dipanggil polis untuk dirakam percakapan pada Isnin berhubung satu dakwaan kes gangguan seksual.

Selain beliau, keterangan beberapa lagi individu termasuk Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu, Bahagian Kota Tinggi juga turut dirakam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan dan beberapa individu telah dipanggil untuk merakam percakapan berhubung kes ini.

“Kita masih lagi menyiasat, inshaAllah siasatan dilakukan secara adil dan mungkin memerlukan masa dua tiga hari untuk selesaikan siasatan ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan dakwaan salah laku ADUN terbabit, terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.

Namun, Rasman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan mendakwa ia sebagai satu konspirasi politik untik menjatuhkan maruah beliau. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here