[VIDEO] Tsunami landa Pantai Pasifik Jepun selepas letusan gunung berapi di Tonga

0
390

PANTAI Pasifik Jepun dilanda tsunami pada Sabtu akibat letusan gunung berapi dasar laut di negara Tonga.

Tsunami setinggi 1.2 meter direkodkan di bandar Amami, manakala tsunami 1.1 meter di Wilayah Iwate, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan media tempatan.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi 3 meter mungkin melanda beberapa pulau di barat daya Jepun.

Meskipun tiada laporan kecederaan atau kerosakan besar, agensi itu berkata tsunami kecil kurang daripada satu meter dikesan merentasi kawasan pantai Pasifik negara itu.

Pihak berkuasa di kepulauan barat daya wilayah Kagoshima dan kawasan pantai timur laut menggesa penduduk setempat berpindah daripada kawasan berkenaan.

Pusat Amaran Tsunami Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran tsunami bagi pantai barat AS dan Kanada selepas letusan gunung berapi melanda Tonga.

Gunung berapi itu, yang terletak 65 kilometer di utara ibu negara Tonga Nuku’alofa, telah mula memuntahkan abu, debu dan asap pagi Jumaat. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here