1,000 ahli DAP keluar parti bakal sertai Bersatu

0
640

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

KIRA-KIRA 1,000 ahli DAP dari 13 cawangan di seluruh Johor mengumumkan keluar parti selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Pengumuman tersebut dilakukan dalam satu sidang akhbar di Dato’ Dr. Harjit Singh Johor Cricket Academy and Oval, Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, K. Alagenthiran.

Jurucakap mereka, A. Sandra Segaran memberitahu, mereka merupakan ahli DAP antaranya Cawangan Taman Nusa Bestari, Taman Mewah, Taman Nesa, Senai Utama, Taman Puteri Wangsa, Kampung Sepakat, Bekok Timur dan Tangkak Jaya.

Beliau yang kini bekas Ketua Cawangan DAP Taman Nusa Bestari berkata, keputusan berkenaan diambil selepas berbincang dan tiada paksaandaripada mana-mana pihak.

“Chin Tong gagal dalam peranan untuk memimpin malah beliau mengamalkan sistem ‘devide and rule’ selain menjadi diktator dan tidak berminat untuk mendengar pandangan rakan-rakan akar umbi.

“Kami juga merasakan diketepikan oleh jawatankuasa DAP negeri selepas pemilihan di peringkat negeri pada Mei tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Alagenthiran berkata, ramai dalam kalangan bekas ahli DAP itu menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu tetapi mereka masih belum membuat keputusan muktamad.

Jelas beliau, mereka akan membuat pengumuman menyertai parti mana dalam sehari dua ini.

Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen Chin Tong tidak berhasil apabila beliau gagal dihubungi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here