Keahlian pemimpin, ADUN Bersatu masuk PBM gugur serta-merta-Wan Saiful

0
300

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan memberitahu, kemasukan pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menyebabkan keahlian mereka dalam parti gugur serta-merta.

Menurut Wan Saiful, perkara tersebut adalah jelas dalam perlembagaan parti yang mengatakan sekiranya mana-mana ahli Bersatu menyertai parti lain, maka keahlian mereka secara automatik tergugur.

“Peraturan ini konsisten dan terpakai kepada semua,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebook miliknya hari ini.

Dalam hantarannya itu juga, beliau turut memuat naik laporan pada Sabtu lalu bertajuk ‘Pemimpin, ADUN Bersatu lompat ke Parti Bangsa Malaysia’.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menambah, perjuangan Bersatu juga tidak terkesan dengan perkembangan terbabit.

“Bersatu akan terus bergerak dengan agenda integriti, tadbir urus yang baik, anti rasuah dan anti salah guna kuasa demi memberikan manfaat kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa atau agama.

“Bersatu juga semakin berkembang dengan bilangan keahlian yang meningkat setiap bulan,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here