Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bangga teruskan legasi, Anzalna sanggup tolak tawaran lumayan demi Siti Sarah -

Bangga teruskan legasi, Anzalna sanggup tolak tawaran lumayan demi Siti Sarah

BUKAN sedikit tawaran yang terima saat dia mengumumkan sudah berhijab awal September yang lalu. Ketika itu pelbagai tawaran mula datang yang mahu menjadikan dia sebagai duta kepada produk mereka.

Meskipun ada yang menawarkan ganjaran lumayan, hati Anzalna Nasir lebih tertumpu kepada jenama Loveta, legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

“Arwah Siti Sarah pernah beberapa kali memberi tawaran untuk bekerjasama, tetapi tidak berkesempatan kerana setiap kali tawaran dibuat saya mesti ada kontrak dengan produk lain.

“Tawaran kali ini memang saya tidak boleh tolak, meskipun saya sebenarnya telah menerima tawaran daripada produk tudung jenama lain saya terpaksa menolak tawaran tersebut demi menjadi sebahagian daripada Loveta,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anzalna yakin kerjasama yang dibuat menerusi produk Loveta X Anzalna mampu memacu sinergi baharu kepada dunia hijab tanah air.

Tambahnya, dia tidak kisah menyarungkan hijab buatan tempatan dan membawa nama tersebut bersamanya pada masa hadapan.

“Apabila menerima pelawaan daripada pihak mereka, saya ambil masa yang lama untuk memikirkan perkara tersebut.

“Saya tidak mahu meletakkan wang dan keuntungan semata-mata. Kalau boleh biarlah perkara tersebut memberikan manfaat kepada semua pihak.

“Saya mahu mereka (Loveta) meneruskan legasi arwah dan masyarakat juga dapat dapat manfaat berterusan. Itu yang lebih baik,” tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi.

Menerusi kerjasama kali ini, Anzalna bukanlah duta kepada produk Loveta sebaliknya hanya bekerjasama menerusi satu jenis rekaan tudung sahaja.

Mereka hanya mengeluarkan 18,000 helai tudung kali ini yang didatangkan khas dalam 11 warna eksklusif yang mudah dipakai dan digayakan.

“Kami hanya bekerjasama menerusi Loveta X Anzalna sahaja. Insya-Allah kalau ada rezeki pada masa hadapan kami akan bekerjasama lagi dalam produk akan datang,” katanya. -SB