MOTAC cari jalan bantu ringankan kerugian syarikat pengendali umrah

0
299

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang mencari penyelesaian terbaik bagi meringankan impak ditanggung syarikat pengendali umrah yang terkesan akibat penangguhan ibadah itu selama sebulan mulai semalam.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MOTAC menjelaskan pihaknya sedar cabaran besar dihadapi pengendali industri itu merangkumi empat perkara iaitu visa umrah, pengangkutan jemaah di lapangan, tempahan penginapan dan makanan jemaah yang tidak dapat ditebus semula.

Pengumuman penangguhan ibadah umrah selama sebulan bermula 8 Januari lalu, diakui menjejaskan perancangan penggiat industri, namun mereka masih menyatakan komitmen untuk terus berjuang meskipun terpaksa mengalami kerugian.

“MOTAC yakin semua agensi pelancongan pengendali pakej umrah yang berdaftar di bawah kementerian melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh komited bagi memastikan industri pelancongan negara pulih semula,” katanya.

Mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) terdapat jemaah umrah yang didapati tiada rekod vaksinasi, MOTAC memaklumkan kementerian itu bersama agensi pengendali umrah yakin perkara terbabit dapat diselesaikan menerusi siasatan yang sedang dijalankan KKM.

“Pengumuman penangguhan ibadah umrah selama sebulan bermula 8 Januari lalu, sedikit sebanyak menjejaskan perancangan penggiat industri, namun mereka masih menyatakan komitmen untuk terus berjuang meskipun terpaksa mengalami kerugian.

“MOTAC yakin semua agensi pelancongan pengendali pakej umrah yang berdaftar di bawah kementerian melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh komited bagi memastikan industri pelancongan negara pulih semula,” katanya.

Sehubungan itu, MOTAC sedang bekerjasama dengan KKM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan persatuan agensi pelancongan yang menyediakan pakej umrah bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya lebih sesuai dengan keperluan semasa dalam menangani ancaman COVID-19.

“Antara cadangan dibincangkan, termasuk pengesahan vaksinasi jemaah sebelum menerima bayaran pakej perkhidmatan umrah dan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh NADMA apabila pulang ke Malaysia.

“Sebagai pihak yang paling terkesan, sebarang penangguhan pastinya memberi tamparan hebat bagi agensi pengendali umrah yang baru kini dapat beroperasi semula selepas hampir dua tahun bergelut dengan cabaran yang sukar,” katanya.

Dalam pada itu, MOTAC memaklumkan proses kelulusan pengiklanan pakej umrah serta ziarah ditangguhkan selama tempoh penangguhan mulai 8 Januari lalu, memandangkan tarikh penerbangan adalah syarat wajib dalam pengiklanan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan menangguhkan sementara perjalanan umrah bagi tempoh sebulan berkuat kuasa 8 Januari 2022.

Keputusan itu diambil untuk memberi laluan kepada proses penilaian risiko dan penelitian terhadap beberapa perkara, khususnya membabitkan SOP. – SB


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here