Isu saham Azam Baki: Bukit Aman sahkan terima laporan

0
292

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau bagi urusan pembelian saham.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan malam ini berkata laporan berkenaan juga telah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Pada Rabu lepas, Azam menafikan tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat, serta menyifatkannya sebagai tohmahan yang berniat jahat.

Azam dilaporkan berkata ia merupakan satu penipuan besar untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here