Mangsa banjir di Pahang semakin menurun

0
294

SEBANYAK 11 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Pahang, yang menempatkan 493 mangsa banjir daripada 142 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan dan Rompin.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 782 mangsa banjir daripada 218 keluarga di 22 PPS, semalam.

Sementara itu, berdasarkan maklumat Portal Public InfoBanjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Pahang merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Masing-masing, satu sungai di Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub yang mencatatkan bacaan 133.83 meter (m), berbanding paras amaran 133.33m.

Selain itu, Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi Bentong yang merekodkan bacaan 52.09m berbanding 51.86m manakala Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran pula merekodkan bacaan 20.79m berbanding 19m. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here