Bom mortar ditemukan di tepi sungai

0
453

SEBUTIR bom mortar ditemukan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi di tepi Sungai Gertak Kertitir di Pasir Tumboh, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bom berkenaan pada kira-kira pukul 4.55 petang.

“Bertindak atas maklumat sepasukan anggota Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bergegas ke kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan objek yang ditemukan disahkan adalah ‘mortar bomb practice inert’ berwarna putih yang digunakan bagi tujuan latihan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Suhaimi berkata bom mortar itu kemudiannya dibawa oleh UPB bagi tujuan permusnahan.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here