Banjir: Seorang daripada dua lelaki dilaporkan hilang ditemukan maut

0
366

SEORANG daripasa dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari Beluran, Sabah ditemukan maut di kawasan pokok bakau di Kuala Penubukan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintenden Kasim Muda dalam kenyataan malam tadi memaklumkan mayat Rajis Nawang, 28, yang merupakan seorang nelayan, ditemukan pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya ketika memasang pukat kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mayatnya ditemukan.

Lelaki yang masih hilang dikenali sebagai Kaerul, 26, seorang pekerja ladang yang dipercayai dihanyutkan air deras ketika cuba menyeberang jalan di Kampung Kinadaan.

Kasim berkata, ketika kejadian, paras air di kawasan itu dipercayai mencecah 1.5 meter.

Katanya, usaha mencari mangsa masih dijalankan.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here