19 kematian akibat Covid-19

0
261

HARI kedua tahun 2022 menyaksikan 19 kematian dilaporkan akibat Covid-19 semalam, dengan lima daripadanya membabitkan kes di Selangor. 

Berdasarkan maklumat di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak empat daripada kes kematian dilapor setakat tengah malam tadi, membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sehingga semalam, sebanyak 31,532 kes kematian direkodkan akibat COVID-19 di seluruh negara dengan seramai 6,362 pesakit adalah kes BID.

Perincian data dalam laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) pula menunjukkan, kes kematian turut dilaporkan di Terengganu membabitkan empat mangsa; Johor (tiga); Sabah (dua) dan masing-masing satu kematian di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Ketika ini, bilangan kes aktif adalah sebanyak 40,606 pesakit, iaitu seramai 33,393 individu atau 82.2 peratus menjalani kuarantin di rumah; sebanyak 3,460 kes menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan 3,469 lagi dirawat di hospital.

Sementara itu, sebanyak 93,017 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 91,436 dos penggalak; sebanyak 737 dos pertama dan seramai 844 individu melengkapkan dua dos pelalian semalam.

Ketika ini, sebanyak 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini melengkapkan vaksinasi manakala bagi remaja, 87.6 peratus daripada mereka melengkapkan vaksinasi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here